Thursday, June 23, 2011

Senarai Nama Yg Mengikuti Training With GM

Berikut adalah nama nama peserta yg akan mengikuti Kem "Training With GM" pada bulan December 2011:-

1. Jester Wong Mok Xin (Sabah)
2. Abg Hairol Mohd Puad (Sabah)
3. Deniel Iskandar Arif (Johor)
4. Muhammad Aziz Farhan (Johor)
5. Maisarrah (Johor)
6. Danish Hamzah Al-Hadi (Johor)

Sebarang pertanyaan sila email pada alamat yg tertera.

Sekian.

Monday, June 20, 2011

UiTM Segamat Chellenge 2011

UiTM Segamat akan mengadakan pertandingan catur siri Julai dan segala maklumat akan di siarkan sedikit masa lagi harap bersabar!!!

Sunday, June 19, 2011

Post Moterm Kekalahan Pencatur MSSM Johor 2011

Salam Sejahtera Untuk Semua.

Kekalahan pemain Catur Johor bukanlah disebabkan oleh Pemain itu sendiri tetapi disebabkan oleh Percaturan yg di buat oleh 2 tulang belakang Kontigen Catur MSSM Johor iaitu Cikgu Zaid dan Cikgu Hamdan.

Faktor yang menyebabkan kekalahan ini di sebabkan oleh Cikgu Zaid dan Cikgu Hamdan meletakan pemain adik beradik dari Segamat, Iaitu Denial Iskandar Arif, Muhammad Aziz Farhan, Maissarah dan Danish Hamzah Al-Hadi di letakan didalam acara berpasukan yg mana pemain papan ke 4 merupakan "penyebab mutlak"  kejatuhan Catur MSSM Johor. Setidak tidaknya pada pendapat saya, pasukan Catur MSSM johor mampu memperolehi sekurang kurangnya 1 Emas melalui Muhammad Aziz Farhan dan Gangsa melalui Danish Hamzah Al-Hadi, 1 Perak melalui Deniel Iskandar Arif dan 1 Gangsa Melalui Maissarah sekiranya mereka ini bermain dalam acara Individu.

Apa yang menyebabkan saya mengatakan sedemikian diatas adalah kerana Faktor berikut:-
1. Mereka (Pemain Adik beradik) mengungguli acara ini melalui dari peringkat Sekolah, Daerah dan Negeri tanpa ada saingan yg mampu menggugat mereka dan faktor ini sepatutnya diambil oleh Jurulatih (So call Cikgu Zaid) dan di selidik oleh bahagian teknikal (So call Cikgu Hamdan).
2. Mereka ini merupakan pemain kebangsaan yg mewakili Negara menetang Singapura di singapura pada awal tahun ini bermula pada 29 Dec 2010 hingga 1 Jan 2011., dengan rekod bersih kemenangan sepanjang kejohanan tersebut yg dibarisi oleh pemain terbaik Singapura mengikut ketogori. Sepatutnya Jurulatih dan Teknikal melihat ini satu peluang bukan melihat ini sebagai sampah.
3. Pemain adik beradik ini bermain dengan ramai pemain seangkatan dan bermain diluar Wilayah Johor seperti Kuala Lumpur, Penang, Perak dan bermacam tempat lain yg membuaat pertandingan Catur serta bermain di luar negara sekiranya ada pertandingan di jalankan seperti jemputan Jakarta, jemputan Singapura  dan lain lain lagi.
4. Jurulatih dan Teknikal tidak pernah membawa anak anaknya atau pelajarnya bermain Catur diluar Kulai dan Batu Pahat seperti ke Segamat dalam Johor atau ke Melaka, NS, Penang atau KL sanggah saya sekiranya apa yg saya cakapkan ini tidak benar. Oleh yg demikian diharapkan agar pada tahun hadapan Jurulatih serta bahagian Teknikal mengambil butiran serta individu setiap pemain serta kekuatan pemain Catur MSSM Johor sebelum meletakan mereka dalam acara Individu atau berpasukan seperti yg dilakukan oleh Pasukan Catur MSSM KL, SELANGOR dan PENANG. Barulah nampak hasilnya bukan main agak-agak sahaja.
5. Selain itu disebabkan kita sendiri tidak pakar serta mengenali pemain lawan maka apasalahnya menerima pendapat Ibubapa pemain Adik beradik ini untuk kejayaan pasukan MSSM Johor dan mereka ini bukannya  pengacau malah mereka ini golongan PROFESSIONAL yg memahami dan mengetahui sedikit sebanyak kekuatan dan kelemahan pemain lawan kerana mereka biasa membawa anak anak mereka bermain bersama maka pendapat mereka juga harus di ambil kira sekiranya ingin melihat pasukan Catur MSSM Johor maju.
6. Jurulatih pasukan Catur MSSM Johor juga haruslah berwibawa dan Profesional dan  bukanya tangkap muat serta harus mahir dalam selok belok melatih dan mengajar catur dan bukan hanya pandai mengatur perlawanan serta bermain catur tanpa mengetahui teknik catur yg sebenarnya. Cikgu Zaid sewaktu di Latihan Pusat sering hilang dan meninggalkan pelatih keluar berjam jam dan hanya pulang sebaik sahaja latihan (so call) hambil selesai dan apakah ini dikatakan sikap seorang Jurulatih Catur!!! Bagi saya beliau bukanya Jurulatih Catur tetapi layaknya sebagai Juruletih. Maafya Cikgu kenyataan.

Harapan saya agar Pasukan Catur MSSM Johor jangan tangkap muat dan membuat persedian yg baik disamping itu juga terdapatnya satu Guru Catur dari KL yg telah berpindah ke Kota Tinggi yg pernah membawa ke empat empat adik beradik ini dalam kejohanan Catur MSSWP serta mendidik mereka maka ambilah peluang ini untuk memajukan pasukan Catur Johor.

Majulah Sukan Catur Untuk Johor.

Wednesday, June 8, 2011

TRAINING CATUR DENGAN GM DI INDONESIA

Salam Satu Malaysia!!!

Disini ada berita baik untuk mereka yg berminat mengembangkan bakatnya dalam permainan Catur dengan berlatih bersama GM di Indonesia serta pemain terbaik Catur Indonesia serta beraksi dalam Kejohanan Catur tempatan di Indonesia.

Program Training dengan GM adalah seperti berikut:

Masa : 1 Bulan
Tarikh : 1 hb. Dec 2011 - 31 Dec 2011
Tempat : Jakarta, Indonesia.
Yuran Awal : RM2,500.00 (Sebelum 27 Jun 2011)
Yuran Lewat : RM3,500.00 (Selepas 27 Jun 2011 disebabkan Sewa Apartment naik kerana Cuti Sekolah di Jakarta dan Indonesia).Yuran termasuk Tempat tinggal (Apartment) dan Makanan Pagi, Petang dan Malam. Sekiranya peserta ingin sekali dengan Kapalterbang tambahan RM600 dikenakan.
Bayaran Deposit : RM1,000.00 harus di jelaskan sebelum 27 Jun 2011 (Hubungi e-mail di bawah)

Program ini bermula dari 1 Dec 2011 dan berakhir pada 31 Dec 2011 bertempat di Jakarta, Indonesia dengan bayaran sebanyak RM2,500 seorang termasuk tempat tinggal dan makan, terhad kepada 12 peserta sahaja. Tawaran ini berakhir pada 27 Jun 2011 dan pendaftaran mestilah sampai sebelum tarikh tersebut dan kelewatan pendaftaran menyebabkan yuran akan dinaikan pada RM3,500 disebabkan kenaikan harga sewa Apartment di Jakarta kerana ianya waktu cuti Sekolah di Indonesia.

"Sijil training dengan GM akan diberikan di akhir latihan ini pada semua peserta yg mengikuti bengkel Latihan dengan GM."

Sekiranya berminat email di alamat ini : msskleventmanagement@gmail.com

Pada mereka yg telah membuat pembayaran deposit akan di maklumkan melalui Blog ini sebagai makluman kepada semua yg melayari blog ini dan sebagai bukti penerimaan Deposit.

Sekian terima kasih.