Thursday, August 5, 2010

Tebrau Chess Open

Below are the winners of the 21st Tebrau Chess Open (click here for the details) held last Sunday emailed by Mr Narayanan of Johor Chess Academy.

Pelangi Plaza, the venue of the 21st Tebrau Chess Open

OPEN
Pinoy Michael Palma was the champion for the Open category in the tournament winning the tie break against our local young man, Abdullah Che Hassan who was also had the same 6.5 points. The pinoy won RM400 while Abdullah was RM200 richer.

1. Mike Palma     6.5
2. Abdullah Che Hassan   6.5
3. Rabani Che Hassan    5.5
4. Kristopher   5.5
5. Benerd Lee  5.5
6. Herman   5.5
7. Marzuki   5.5
8. Shamri   5.5
9. Mohd Anuas   4.5
10.  Hafizul Ishak   4.5

U -16

Muhammad Aziz Farhan  (NAG 12 Champion) won the Under 16 section after scoring also 6.5 points. His elder brother and also the 2010 National Age Group (U14 Boys) champion, Daniel Iskandar was second place after losing in the tie break to his brother. As the champion of U16 catgeory, Aziz won RM200, Meanwhile his brother brought home RM100.

1. Muhammad Aziz Farhan  6.5
2. Daniel Iskandar Arif   6.5
3. Ling Zhan yang  6.0
4. Leslie Choong   5.5
5. Ng Hong Yuan  5.0
6. Wong Chan Hwa  5.0
7. Chan Chee Chai   5.0
8. Chong Yong Soon  5.0
9. Danish Hamzah Al-Hadi  5.0
10. Maisarrah NA  5.0


U-12
Ong Wei Bin  had emerged as the champion for the Under 12 category leaving Chin Wei Xiao amd Lee Hao Jie as the first and second runner ups respectively. As the champion, Wei Bin received RM 100.



1. Ong Wei Bin
2. Chin Wei Xiao
3. Lee Hao Jie
4. Mohd Qayyim
5. Elvis Woo
6. Nir Idris Woon
7. Pang Hong Yen
8. Gan Pang Yen
9. Lim Jin Hao
10. Wong Choong Yi
Syabas and tahniah to all the winners!
--Source GiLoCatur to GiLoCatur's Blog at 8/05/2010 12:15:00 AM

Wednesday, July 28, 2010

Ingin Tahu Tentang undang Undang Catur MSSN

Written by Pentadbir Portal Sekolah Kionsom, Innanam, Sabah



1 UNDANG-UNDANG PERMAINAN CATUR

Pertandingan catur Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dijalankan dengan menggunapakai Undang-undang Persekutuan Catur Antarabangsa (Federation Internationale Des Echecs – FIDE) dan Peraturan-Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) yang sedang berkuatkuasa.

2 JENIS PERTANDINGAN

2.1 Kategori Individu

2.1.1 Lelaki berumur 18 Tahun dan ke bawah

2.1.2 Perempuan berumur 18 Tahun dan ke bawah

2.1.3 Lelaki berumur 15 Tahun dan ke bawah

2.1.4 Perempuan berumur 15 Tahun dan ke bawah

2.1.5 Lelaki berumur 12 Tahun dan ke bawah

2.1.6 Perempuan berumur 12 Tahun dan ke bawah

2.2 Kategori Berpasukan
2.1.1 Lelaki berumur 18 Tahun dan ke bawah

2.1.2 Perempuan berumur 18 Tahun dan ke bawah

2.1.3 Lelaki berumur 15 Tahun dan ke bawah

2.1.4 Perempuan berumur 15 Tahun dan ke bawah

2.1.5 Lelaki berumur 12 Tahun dan ke bawah

2.1.6 Perempuan berumur 12 Tahun dan ke bawah


3 PENDAFTARAN PEMAIN / PEMBENTUKAN PASUKAN

3.1 Kiraan umur pemain bagi setiap kategori adalah pada 1 Januari tahun pertandingan.

3.2 Setiap MSS Negeri dibenarkan mendaftar jumlah pemain/pasukan seperti berikut:-

Bil Kategori Individu Berpasukan JUMLAH

3.2.1 Lelaki berumur 18 tahun dan ke bawah 6 Semua pemain individu ialah pemain berpasukan 6

3.2.2 Perempuan berumur 18 tahun dan ke bawah 6 6

3.2.3 Lelaki berumur 15 tahun dan ke bawah 6 6

3.2.4 Perempuan berumur 15 tahun dan ke bawah 6 6

3.2.5 Lelaki berumur 12 tahun dan ke bawah 6 6

3.2.6 Perempuan berumur 12 tahun dan ke bawah 6 6


4 SISTEM PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan ini dijalankan serentak bagi semua kategori.

4.2 Pertandingan Kategori Individu.

Pertandingan Kategori Individu dijalankan mengikut prinsip-prinsip Sistem Swiss Pemasangan Terus.

4.2.1Susunan Pemain (Ranking)

Susunan pemain (ranking) adalah berdasarkan kepada pencapaian pertandingan MSSM tahun sebelumnya dan pemain-pemain lain disusun mengikut undian.
4.2.2 Pemain Penggenap

Jika jumlah pemain menjadi ganjil dalam sesuatu kategori, maka seorang pemain tambahan boleh dimasukkan untuk menggenapkan jumlah pemain. Pasukan tuan rumah diberi keutamaan untuk menambahkan seorang pemain penggenap ini. Jika tuan rumah tidak mengisi pemain penggenap ini, maka seorang pemain tambahan dari pasukan lain boleh dibenarkan bermain bagi menggenapkan jumlahnya. Jika ada lebih daripada sebuah pasukan berminat untuk mengisi kekosongan pemain penggenap, pemilihan hendaklah dibuat secara undian bagi memilih salah seorang daripada mereka sebagai pemain penggenap. Dalam apa keadaan sekalipun, penambahan lebih daripada seorang pemain tambahan adalah tidak dibenarkan.

4.2.3 Jumlah Pusingan

Jumlah pusingan permainan ditetapkan seperti berikut:

Bilangan Penyertaan Bilangan Pusingan

8 – 16 pemain 5

17 – 32 pemain 6

33 – 64 pemain 7

65 – 128 pemain 8


4.3 Pertandingan Kategori Berpasukan

Pertandingan Kategori Berpasukan tidak dijalankan secara khusus, tetapi semua pemain kategori individu adalah juga pemain kategori berpasukan. Ini bermaksud mata yang diperolehi oleh keenam-enam pemain dalam pertandingan kategori individu, dikumpulkan dan dijadikan mata kategori berpasukan.

5 TEMPOH BERMAIN

5.1 Tempoh permainan semua kategori bagi setiap pemain ialah 1 jam 30 minit.

5.2 Arbiter berhak memberhentikan permainan sekiranya bendera jam salah seorang atau kedua-dua pemain telah jatuh dengan sah.


6 KAEDAH MENENTUKAN KEPUTUSAN

6.1 Mata.

Pemain yang menang diberikan 1 mata, ½ mata jika seri dan 0 mata jika kalah. Pemain bye diberikan 1 mata.

6.2 Menentukan Keputusan Kategori Individu.

6.2.1 Pemain yang mendapat jumlah mata terbanyak akan menjadi johan dan seterusnya.

6.2.2 Jika terdapat kedudukan mata yang sama, sistem pemecah-seri (tie-break) berikut hendaklah digunakan.

a) Mata Solkoff / Buchholz
b) Mata Sonneborn-Berger

c) Mata Median-Solfkoff / Median-Buchholz

d) Mata progresif / kumulatif

e) Number Of Wins

f) Individual encounter

Keputusan (Standings) yang dikeluarkan oleh komputer adalah muktamad.

6.3 Menentukan Keputusan Pertandingan Berpasukan
6.3.1 Keputusan kategori berpasukan adalah berdasarkan kepada JUMLAH MATA PENUH pemain individu setiap kategori. Penjumlahan adalah berdasarkan kepada jumlah mata 6 pemain terbaik setiap kategori.
6.2.3 Jika terdapat kedudukan mata yang sama, sistem pemecah-seri (tie-break) berikut hendaklah digunakan.

a) Mata Solkoff / Buchholz

b) Mata Sonneborn-Berger

c) Mata Median-Solfkoff / Median-Buchholz

d) Mata progresif / kumulatif

6.4 Menentukan Johan Keseluruhan.

Penentuan adalah berdasarkan kepada pingat emas, perak dan seterusnya. Pasukan yang mempunyai jumlah pingat emas terbanyak akan dikira johan dan seterusnya.

7 HADIAH

Hadiah-hadiah disediakan oleh MSSM seperti berikut:-

7.1 Hadiah Kategori Individu.

Hadiah bagi setiap kategori ialah dari tempat pertama hingga ke sepuluh. ( Top ten )

7.2 Hadiah Kategori Berpasukan.

Hadiah bagi kategori berpasukan ialah dari tempat pertama hingga ke empat.

7.3 Johan Keseluruhan

Satu hadiah sahaja disediakan.

8 PAKAIAN

8.1 Setiap pemain dikehendaki memakai pakaian seragam negeri atau identiti pasukan masing-masing. Sekiranya tidak ada pakaian seragam negeri atau identiti pasukan, maka baju/baju-T berkolar hendaklah digunakan.
8.2 Setiap pemain hendaklah memakai seluar panjang dan memakai kasut. Seluar pendek , seluar jeans dan selipar adalah dilarang.
8.3 Setiap pemain perempuan yang tidak memakai seragam negeri atau identiti pasukan dikehendaki memakai pakaian yang sopan.

8.4 Setiap pemain dilarang membawa atau mengguna peralatan yang boleh mengganggu seperti alatan elektronik, telefon bimbit, topi, cermin mata hitam dan sebagainya.


9 DEWAN PERMAINAN

9.1 Dewan Pertandingan
Sebuah dewan yang besar dan selesa, yang boleh menempatkan kesemua pemain dan pegawai hendaklah disediakan untuk pertandingan.

9.2 Sempadan Kawasan Permainan

Sempadan kawasan bermain di dalam dewan perlu dipagar dengan tali keselamatan dan beberapa papan notis tentang kawasan larangan ini hendaklah dipamerkan di sekeliling kawasan permainan.

9.3 Meja dan kerusi

Meja yang sesuai saiznya perlu disediakan. Meja ini hendaklah boleh menempatkan papan catur, jam catur, label meja/papan catur, label nama pemain, bendera pasukan negeri dan perlu ada ruang untuk pemain menulis/merekod pergerakan permainan caturnya. Kerusi yang selesa perlu disediakan memandangkan tempoh bermain yang sangat panjang. Meja pemain hendaklah disusun mengikut kategori, dengan sebelah dewan diperuntukkan untuk kategori lelaki dan sebelah lagi untuk kategori perempuan.

9.4 Meja Pengurusan Pegawai Pertandingan

Meja yang secukupnya perlu disedia dan disusun di bahagian hadapan dewan.

9.5 Pembesar suara

Pembesar suara perlu disediakan dan berfungsi sepanjang masa.

10 ALATAN

10.1 Buah Catur

Buah catur standard yang digunakan ialah dengan saiz ukuran tinggi raja (king) di antara 8.5 cm – 10.5 cm.

10.2 Papan Catur

Papan catur standard yang digunakan ialah dengan saiz sisi bagi setiap petak sisi empat samanya berukuran 5.0 cm – 6.5 cm.

10.3 Jam catur berbendera sama ada yang menggunakan spring atau bateri boleh digunakan.

11 MENARIK DIRI

Rujuk Peraturan 11, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

12 BANTAHAN

Rujuk Peraturan 12, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

13 JURI RAYUAN

Rujuk Peraturan 13, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

14 LEMBAGA TATATERTIB

Rujuk Peraturan 14, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

15 MAJLIS RASMI

Rujuk Peraturan 15, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

16 KESELAMATAN

Rujuk Peraturan 16, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

17 PENYALAHGUNAAN DADAH

Rujuk Peraturan 17, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

18 KENYATAAN AKHBAR

Rujuk Peraturan 18, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

19 PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

Rujuk Peraturan 19, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

Thursday, July 22, 2010

SEGAMAT CHESS CHALLENGE

PENGUMUMAN PENTING UNTUK SEMUA PEMINAT DAN PEMAIN CATUR!!!

DENGAN INI ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA "SEGAMAT CHESS CHALLENGE" PADA 24hb July 2010 TELAH DIBATALKAN DISEBABKAN OLEH MASALAH TEKNIKAL SERTA DITUNDA PADA 7hb August 2010 DAN IANYA DIUMUMKAN SENDIRI OLEH PENGANJUR KEJOHANAN IAITU CIKGU MUZAFFAR SYAH

MAKA DENGAN INI "SEGAMAT CHESS CHALLENGE" HANYA AKAN DAPAT DIJALANKAN PADA TARIKH SEPERTI YG DISEBUTKAN MAKA SEMUA MEMAIN CATUR DAN PEMINATNYA DAPATLAH BERSABAR.

SEKIAN

Saturday, July 3, 2010

Segamat Chess Challenge

Segamat Chess Challenge akan di tukar tarikh pertandingan kepada 24 Julai 2010 disebabkan pada tarikh 10 Julai 2010 Dewan Sekolah Seri Kenangan digunakan untuk Majlis Hari Terbuka Sekolah yg mana sepatutnya diadakan pada hari ini iaitu 3 Julai 2010.

Oleh yang demikian kerjasama pehak tuan dan puan amatlah kami harapkan.

Sekian

Maklumat daripada Cikgu Muzaffar Shah